Saliran Bilik Air Tersumbat
10.9.15Masalah ni #SH yakin ramai yang pernah hadapi. Tambahan pulak yang duduk apartment, kondo, flet..err mana-mana rumah yang ada bilik airlah.
#SH sebut apartment bagai sebab kebiasaannya saliran dari singki dapur berkongsi saliran dengan bilik air, jadi sisa-sisa makanan, basuhan yang terkumpul tu pasti akan menyebabkan laluan tu tersumbat.
#SH sendiri pun pernah hadapi. Macam-macam cara cuba tapi tak jalan. Garam, cuka, soda bikarbonat, ayaq panaih. Macam-macam campuran.
Sampailah #SH jumpa 1 cara yang cukup murah dan agak mudahlah. Tak sampai 10 minit pun #SH buat, setel terus (tak sampai 5 minit pun sebenarnya..mungkin sebab tak teruk sangat kot.)
Benda yang kita perlukan hanyalah sebatang mop sahaja.
Ye...mop sahaja!
Caranya :
- Bukak penutup lubang saliran serta bahagian sekelilingnya untuk mudahkan kita masukkan mop berkenaan.
- Lepas tu gumpal kain-kain mop yang macam rambut rasta tuh.
- Sumbatkan kesemuanya ke dalam lubang yang tersumbat tu (buat semasa air bertakung yer)
- Kemudian pulas dan tekan perlahan-lahan batang mop tu.
- Buat macam kita gunakan pam untuk lubang yang tersumbat tu.
- Bila agak rasa mop tu macam ditarik-tarik dari dalam. Cepat-cepat tarik mop tu.
- Tengok macam mana lajunya air yang bertakung tu mengalir ke dalam lubang tu.
- Setel masalah. Jimat RM 100 (harga kat tempat #SH)
p/s: kali ni takde gambar ye..line bermasalah sikit nak upload gambar.
Kredit : sumber dan info daripada google
0 comments