Mayonis

14.9.15

Hah!

Hari minggu je hilang #SH ni kan? :p

Sori..sori..Kali ni #SH nak kongsi cara buat mayonis sendiri. Nama pun blog #DIYs kan?

Jadi tak kiralah apa pun benda yang kita boleh buat sendiri, mesti akan ada dimasukkan ke sini.

#SH pernah buat sendiri mayonis ni. Memang senang je nak buat. Rasa lebih kurang dengan yang jual-jual tu lah. Cuma mayonis yang #SH buat ni dia jadi keras macam marjerin bila letak dalam peti ais...huhu

Mungkin sebab guna minyak masak tu kot dia jadi keras. Tapi jangan risau. Sebab bila kita biarkan sekejap dalam suhu bilik. Jadi lembut seperti biasa je.

Bahan-bahan yang kita perlukan adalah 2 biji telur, sesudu teh garam (mungkin boleh kurangkan sebab #SH rasa macam masin walaupun sesudu), 2 sudu cuka, secawan minyak masak (#SH guna 3/4 cawan je..mungkin elok kurangkan atau guna minyak masak dari sumber lain selain sawit), 2 sudu gula gula dan bahan paling penting sekali ialah...pengisar atau mixer.



Mula-mula sekali...cuci telur tu ye.

Lepas tu campur semua bahan-bahan tu dalam pengisar dan kisar hingga sebati agak-agak dalam 10-15 minit macam tu. Bila dah sebati dan warna pun dah putih, masakkan bahan tadi sampai dia berketul-ketul (rupa macam taufu fah yang dah retak seribu).

Tapiskan minyaknya masa tengah panas tu sebab minyak senang keluar masa panas. Mungkin boleh guna penapis atau kertas minyak yang putih tu ke. #SH guna penapis teh yang orang guna kat kedai tu.

Biarkan sejuk dan minyak seminima mungkin. Sambung balik kisar bahan tu sampai ler jadi macam mana rupa mayonis sepatutnya jadi. Disebabkan #SH takde mixer, #SH guna pengisar bahan kering untuk kisar.

Bila #SH letak dalam bekas marjerin yang kecik tu, dapatlah separuh bekas. Masa tu terdetik dalam hati ni. 'Patutlah mayonis ni mahal...huhuhu'.

Tapi kira berbaloilah kan sebab bahan-bahannya kita sendiri tahu dan takde campur bahan pengawet bagai dan yang penting diyakini halal. Kalau nak banyak, bolehlah tambah jumlah bahan yang perlu digunakan.

Untuk memasak ni kena bereksperimen mula-mula tambahan pulak bahan DIY macam ni. Baru kita boleh dapat hasil yang terbaik. Idok gitu ke kome?

p/s: #SH perhati jugak bahan-bahan dekat mayonis yang terkenal jenamanya, diorang guna minyak kacang soya dan pelbagai bahan lain lagi. Mungkin sebab tu mayonisnya tak mengeras walau disimpan dalam peti sejuk kot.

kredit : gambar daripada google, info bahan daripada facebook.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Give us your SUPPORT

Photobucket Images