Bekas Simpanan Telefon Bimbit Sewaktu Cas

1.9.15

Bukan-bukan je tajuk aku ni kan ?


Okeih, entri kali ni nak menampilkan sesuatu yang memang mudah dan senanglah nak buat...errr..senanglah rasanya cuma perlukan sedikit kerja dan bahan untuk bagi nampak cantik je.

Semua orang ada telefon bimbit kan ? Dengan zaman teknologi serba canggih sekarang ni. Telefon pun mesti yang canggih. Jenis touch screen...smart phone ler katakan. 

Tapi...

Kebanyakan smart phone ni datang dengan kabel pengecas yang pendek kan ? Dah ler pendek, tempat nak cas pulak kadang-kadang tinggi. Takde tempat nak letak phone tu. Tak pasal-pasal kena keluar duit nak beli yang panjang pulak. Beli yang tak-ori nanti, meletup pulak. Tak tahan lama. 

Jadi hari ini #SH nak kongsikan satu cara di mana kita boleh cas telefon tu biarpun kabelnya pendek dan tempat cas tu tinggi.


Apa yang kita perlukan adalah botol losyen atau syampu (pastikan saiz botol lebih besar daripada phone), pisau/gunting, kertas pasir, gam (gunakan gam yang boleh melekatkan fabrik atau kertas ke botol), pen, kain/kertas pembalut.

gambar sekadar hiasan dari google

Mula-mula sekali kita lukis bentuk yang kita inginkan pada botol berkenaan menggunakan pen. Ini untuk mudahkan kita potong supaya tak terbabas daripada jalan yang benaaarrr.. :p

Kemudian kita tebuk dengan pisau untuk memudahkan kita gunting botol tu ikut bentuk yang kita lukis tadi.

Selesai je kita potong...masa ni lah nak guna kertas pasir tu. Untuk kita licinkan bahagian yang kita potong tu. Ye ler..kita potong pun dah tentu kasar kan.  Plastik keras tu. Mesti susah nak potong.

Langkah seterusnya ni kalau nak buat pun boleh. Tak buat pun boleh. Kalau rasa nak bagi cantik bekas tu, bolehlah buat.

Sapukan gam di keseluruhan botol berkenaan dengan rata.

Kemudian balut botol yang telah dipotong tadi dengan kain atau kertas pembalut tadi. Balut cantik-cantik dan kemas atau ikut suka anda. Hehe... :)

Kemudian biarkan kering.

Bila dah kering, tebuk bahagian tempat yang akan digunakan untuk menggantung. 

Dah selesai...

Tips : Untuk lubang tempat menggantung tu, boleh buat ukuran berdasarkan kepala plug pengecas tu supaya ianya muat.

p/s: tak semestinya perlu guna botol losyen atau syampu je. boleh jugak guna botol mineral ke, botol air gas ke atau kalau yang mana lebih kreatif, boleh guna kain dan jahitkan atau gunting poket baju lama yang dah tak guna tu kan. boleh simpan dalam beg dan jimatkan ruang. :)

kredit : boleh klik sini ...

Jangan lupa untuk vote dan tinggalkan komen... :)

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Give us your SUPPORT

Photobucket Images