All Is Done

Alhamdulillah...

Syukur Ya ALLAH.

Everything is done now. We get a good review from our lecturer even though our view is not more than 1k but she likes the layout done by Mariam.

Thanks to Mariam for the effort.

And thanks to all the viewer who helps getting our view up to 925 till yesterday.

Fuuuhh...speaking pulak #SH ni.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang membaca blog kami. Adakah blog ini akan terkubur atau diteruskan ?

#SH serahkan kepada rakan-rakan lain untuk buat keputusan.

Terima kasih Mariam, Hazmey dan Faeez kerana sudi bekerjasama dengan #SH.



p/s : jangan lupa lawat blog #SH di Dunia Skaplaster. #SH guna nama Papa N kat sana.. keh keh keh


Saliran Bilik Air Tersumbat

Masalah ni #SH yakin ramai yang pernah hadapi. Tambahan pulak yang duduk apartment, kondo, flet..err mana-mana rumah yang ada bilik airlah.

#SH sebut apartment bagai sebab kebiasaannya saliran dari singki dapur berkongsi saliran dengan bilik air, jadi sisa-sisa makanan, basuhan yang terkumpul tu pasti akan menyebabkan laluan tu tersumbat.

#SH sendiri pun pernah hadapi. Macam-macam cara cuba tapi tak jalan. Garam, cuka, soda bikarbonat, ayaq panaih. Macam-macam campuran.

Sampailah #SH jumpa 1 cara yang cukup murah dan agak mudahlah. Tak sampai 10 minit pun #SH buat, setel terus (tak sampai 5 minit pun sebenarnya..mungkin sebab tak teruk sangat kot.)

Benda yang kita perlukan hanyalah sebatang mop sahaja.

Ye...mop sahaja!

Caranya :
  • Bukak penutup lubang saliran serta bahagian sekelilingnya untuk mudahkan kita masukkan mop berkenaan.
  • Lepas tu gumpal kain-kain mop yang macam rambut rasta tuh.
  • Sumbatkan kesemuanya ke dalam lubang yang tersumbat tu (buat semasa air bertakung yer)
  • Kemudian pulas dan tekan perlahan-lahan batang mop tu.
  • Buat macam kita gunakan pam untuk lubang yang tersumbat tu.
  • Bila agak rasa mop tu macam ditarik-tarik dari dalam. Cepat-cepat tarik mop tu.
  • Tengok macam mana lajunya air yang bertakung tu mengalir ke dalam lubang tu.
  • Setel masalah. Jimat RM 100 (harga kat tempat #SH)

p/s: kali ni takde gambar ye..line bermasalah sikit nak upload gambar.

Kredit : sumber dan info daripada google

Bekas Makanan Kucing

Okeih...#SH seorang pencinta kucing.

Pantang nampak kucing jalan-jalan, lepak chill dengan ekor goyang-goyang. Mesti #SH nak pergi usik punya. Anak-anak #SH pun dah 2 x 5 macam papa diorang ni hah. Dalam bonet pun ada standby makanan kucing untuk kucing-kucing terbiar. Tapi masalahnya kadang-kadang kucing-kucing ni tak nak makan. T_T

Bekas ni mungkin berguna untuk yang selalu out station atau masa nak bercuti panjang. Nak hantar kucing ke tempat khusus jaga haiwan, kadang-kadang harganya dah macam hotel bajet kan?

Bekas makanan ni pun bukannya murah kalau nak beli. Buatnya ada lebih daripada 5 ekor kucing. Takkan nak beli banyak-banyak kan.

Jadi masa #SH tengah usha-usha cari idea nak buat entri baru, #SH terjumpa 1 blog ni ada tunjuk pasal cat-feeder buatan sendiri ni. Jimat dan murah sebab menggunakan barangan kitar semula.

Jadi #SH kongsikan je lah apa yang ada. 

#SH cuma edit sikit-sikit je tambah gambar.

kredit gambar pada Royal Cat's Blog

Untuk bahan-bahannya kita perlukan.

2 biji botol mineral water 10 liter, cable tie, super glue dan pisau pemotong

 gambar hiasan dari google

Untuk info lanjut bolehlah melawat ke sini.

p/s: rasanya semua tau kan apa kegunaan pisau tu sebab dalam entri asal tiada dinyatakan mengenai pisau. :)

Memutihkan Gigi

DIY
Hari ni kita bagi benda mudah sikit.

#SH rasa ramai dah kot yang tau pasal cara nak putihkan gigi dengan cara mudah ni.

Tapi takpe, kita kongsikan bagi yang tak tau lagi.

Apa yang kita perlukan adalah sepotong limau nipis, 1 sudu teh soda bikarbonat dan sebatang berus gigi.


Ambil limau nipis dan titiskan ke atas soda bikarbonat tadi. Tengok macam mana dia berbuih. Macam tu lah nanti gigi korang berbuih...ehehehe..gurau je..jangan mare..

Lepas tu gunakan berus gigi tadi dan berus gigi guna campuran tadi tu. Buat macam nak berus gigi tu.

Bila agak-agak dah selesai, kumur ler mulut tu. Takkan nak biarkan je kan.

Benda ni tak perlu buat selalu, seminggu 2 kali pun dah cukup. Bagi yang ada sensitif gusi tu, sekali seminggu dah cukup. Kalau tengok dalam entri sebelum ni pasal kilatkan  barang kemas tu, ada guna jugak kan soda bikarbonat tu kan. Jadi kesan dia agak kuat.

Jangan terus harapkan gigi tu akan terus putih tau. Kena rajin buatlah baru boleh putih gigi tu. #SH pernah cuba sekali je. Tapi sebabkan bell's palsy, #SH terpaksa hentikan sementara.

kredit : kesemua gambar diambil dari google

Pengilat Barang Kemas

Entri pada kali ini, #SH nak beri cara-cara untuk membuat sendiri pengilat barang kemas kita. Bagi lelaki yang pakai cincin tu atau barang kemas bagi perempuan. Kadang-kadang hantar ke kedai cuci pun dah cas sebentuk-sebentuk barang kemas tu harga dia kan.

Jadi baik kita buat sendiri je. Barang senang dapat dan mudah. Mesti ada dekat dapur dan bilik air rumah masing-masing barang-barang ni semua.

Barang yang kita perlukan adalah berus gigi lama, 1 sudu baking soda, 1 sudu garam, 1 sudu teh pencuci pinggan mangkuk, 1 cawan air panas (dalam 80 darjah celcius),  mangkuk kecil, aluminium foil dan tuala kecil.
gambar hiasan dari google

Mula-mula balutkan bahagian dalam mangkuk kecil dengan aluminium foil. Tak payah balut cantik-cantik pun takpe. Asalkan aluminium foil tu memenuhi segenap ruang dalam mangkuk kecil tu.


Lepas tu, kita campurkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk kecil tu. Baking soda, garam, pencuci pinggan mangkuk, air panas letak last sekali. Kacaukan bagi sebati. Biarkan sekejap.


Kemudian boleh start letak barang-barang kemas yang kita ada tu dalam 20 ke 30 minit. Lagi lama lagi bagus. Bukan apa, kurang sikit daya kita nak menyental guna berus gigi tu nanti segala kotoran yang ada.

Bila dah rendam tu, angkat dan beruskan dengan berus gigi lama tu. Jangan kuat atau perlahan sangat. Sedang-sedang je bak kata orang lama.


Perhatikan sama ada berbeza atau tidak. Kalau kurang puas hati. Rendam lama-lama lagi. Benda buat dekat rumah kan. Bukan kita nak kejar apa-apa pun.

Bila dah berpuas hati. Bolehlah bilas dengan air bersih dan keringkan menggunakan tuala kecil tadi.


Maka selesailah kerja-kerja mencuci sendiri barang kemas kita.

kredit :  kesemua gambar dari google

Bekas Simpanan Telefon Bimbit Sewaktu Cas

DIY
Bukan-bukan je tajuk aku ni kan ?

Okeih, entri kali ni nak menampilkan sesuatu yang memang mudah dan senanglah nak buat...errr..senanglah rasanya cuma perlukan sedikit kerja dan bahan untuk bagi nampak cantik je.

Semua orang ada telefon bimbit kan ? Dengan zaman teknologi serba canggih sekarang ni. Telefon pun mesti yang canggih. Jenis touch screen...smart phone ler katakan. 

Tapi...

Kebanyakan smart phone ni datang dengan kabel pengecas yang pendek kan ? Dah ler pendek, tempat nak cas pulak kadang-kadang tinggi. Takde tempat nak letak phone tu. Tak pasal-pasal kena keluar duit nak beli yang panjang pulak. Beli yang tak-ori nanti, meletup pulak. Tak tahan lama. 

Jadi hari ini #SH nak kongsikan satu cara di mana kita boleh cas telefon tu biarpun kabelnya pendek dan tempat cas tu tinggi.

Peniup Belon Buih (Bubble Blower daa)

Okey,

Mungkin tajuk nampak macam pelik kan ? :)

Tapi ini lah jadinya kalau di alihbahasa. Letak ke tepi berkaitan bahasa. Kita terus ke perkara utama. Semua orang tahu yang belon dan kanak-kanak tak dapat dipisahkan. Jadi entri kali ni kita akan buat satu peniup belon buih yang sangat senang dan murah.

Oppss ! Dah tentulah dengan buih sabunnya sekali. Takde buih, macam mana nak main belon buih ni kan.

Apa yang kita perlukan hanyalah beberapa batang straw, gelang getah, syampu mandi bayi dan air.



Untuk peniup. Ikat straw (ambillah 4 atau 5 batang) menggunakan getah gelang di kedua-dua bahagian hujung straw. #SH potong dua straw bagi pendek sikit.



Untuk buihnya pula. Satukan satu penutup syampu bayi dengan 500ml air. Goncangkan sehingga sebati dan selesai.

Bila dah selesai. Pergilah main dengan anak-anak tu. Takkan itu pun #SH nak ajar kan? Huhu...

p/s: belonnya taklah gah macam guna peniup yang dijual di kedai tu ye. Tapi untuk anak-anak..diorang tak pedulik pun asalkan ada belon keluar.

Kredit: gambar yang pertama dari google.

Popular Posts

Give us your SUPPORT

Photobucket Images